Rasanya semua tahu kejadian maut baru baru ini akibat kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung.
Sumber dari Harian Metro |
Innalillahi wa inna ilaihi rojiunn. Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang beriman. Takziah kepada keluarga mangsa korban, Serta didoakan semoga anak-anak yang terselamat dan masih dalam rawatan cepat sembuh.
Just nak share, rentetan dari isu yang melanda, hati sangat sedih dan pilu sebabnya dulu pernah menyewa dekat area Jalan Keramat Hujung dan mereka memang stay area atas bukit suatu ketika dulu. Setiap pagi nak pergi kerja mesti nampak diorang kemas2 halaman diorang. Kecik2 je semuanya. Baju bewarna putih. Memang Suci sangat wajah diorang. Balik dari kerja pulak nampak diorang berjalan kaki ramai - ramai untuk pegi ke Masjid.
Bila terdengar lirik lagu “Kata ibarat Pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan” hati mmg teringat akan mereka yang menjadi mangsa Kebakaran ni. Saya tidak menyalahkan mana - mana pihak cuma terbaca artikel Akhbar yang menyatakan “ ejekan jadi motif ”. Memang tak masuk dek akal , jenayah yang telah dilakukan. Tapi, isu yang kecil ini impaknya sangat besar serta membawa kematian. Nauzubillah.
Sekian. “Manis bicara indah tutur kata. Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata, buruk padahnya.” Tapi, terkadang kita tak dapat mengawalnya. Jadi, beringatlah selalu dan saling bermaafan. Bukan Raya je okay. Nasihat untuk diri sendiri jugak ni.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda di sini .