Selalu kalau petang korang ade amik minum petang tak?
heehee.. kalau rasa lapar mungkin la kot sis amik. tapi macam setiap masa je sis lapar.. ðŸ˜
Masa kecik - kecik sis dijaga oleh Mak Chembong. So, petang - petang adela kuih dia akan buat. So, sis memang sejak kecik suka makan kuih ni..
Resepi nya mudah. cuma nak menyediakan gula melaka jela leceh sikit.. sbb nya kan gula melaka ni keras. So, before nak masak kene potong kecik kecik sebesar dadu dulu.
Ok, bahan-bahannya :
1. Gula melaka/gula anau/gula kabung
2. Tepung pulut
3. Air 3/4 periuk
4. Kelapa muda parut putih (bukan yang mesin sampai tempurung k) gaul dengan secubit garam
5. Garam
6. Daun pandan - Sis guna daun pandan untuk rasa yan lebih enak dan wangi.
Gula kabung dan gula melaka -Sumber dari google |
Gula anau -Sumber dari google |
Tepung pulut -Sumber dari google |
Cara-Caranya:
1. Potong dadu gula melaka. Letak dalam satu bekas.
2. Kisarkan daun pandan yang telah dibasuh. Tapis dan ambil airnya.
3. Masukkan tepung dalam besen. Ikut banyak mana kita nak buat k.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit. uli sehingga tidak melekat kat tangan, atau erti kata lain sehingga menjadi doh.
5. Didihkan air 3/4 periuk dan letakkan satu sudu kecil garam.
6. cuit sikit doh tu, letak atas tapak tangan , tekan kan doh yg dah cuit dgn cari letak gula melaka. dan salutkan membulat dengan menggunakan kedua-dua tapak tangan. FUhh. susah sis nak berimaginasi sambil taip. HAHA.😆😆😆😆
7. Masuk kan dalam periuk yang telah didihkan air. Buat banyak2 sampai habis tauu.
8. Tunggu sampai bebola tu timput atas permukaan. boleh la angkat letak atas tapis yang dah sedia kelapa parut. gelek2 kan supaya semua permukaan tersalut dgn kelapa parut tu td.
9. Susun atas pinggan dan sedia dihidangkan dengan kopi atau teh panas.. Heee.
Sumber dari-yanieyusuf babab.net |
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen anda di sini .