Monday, 18 September 2017

Resepi 1 : Gulai ayam senang simple and sedap.

Ok. Kat sini nak bgtau kepada beginner-beginner yang ada hati walau sekelumit pun rasa nak masak yang berkuah-kuah.. Meh belajar kat sini.. Sis nak share resepi turun - temurun family sis. Memang simple dan sangat sesuai kepada yang malas nk stay lama-lama kat dapur.


Bahan - bahan yang diperlukan:

Ayam - 1/2 ekor
Santan - satu bungkus kecil yang 250 g tu/suku kilo kalau lebih lebih enak.
Cili api/cili padi- satu genggam. kalau nk pedas blh lebih
Serai - 2 batang
Kunyit hidup / serbuk kunyit - 1 inci/1 sudu kecil/sesedap mata memandang
air - setengah periuk / sampai semua ayam tenggelam.
garam dan serbuk perasa - secukup rasa ok. sis guna 'pasti sedap' memang sedap la.. HEEE
asam keping sekeping- kalau nk letak boleh je..
ubi kentang - 2 biji


Cara-cara nya..

1. Kisarkan cili api dan kunyit hidup dengan santan sedikit dan air. Sampai sebati.
2. Letak periuk atas dapur gas. Masukkan ayam dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Gaulkan bhan agar sebati. jangan terlalu kuat, sekadar semua terkena santan. Buka api.
3. Masukkan air, dan baki santan. Make sure ayam tu tenggelam.
4. Masukkan serbuk kunyit (kalau xde kunyit hidup tau), garam dan serbuk perasa. Kacau.
5. Masukkan serai yang sudah diketuk. Kacau lagi. Jangan tak kacau nnti santan tu berketul.
6. Masukkan kentang dan teruskan mengacau (perlahan).
7. Lepas dah mendidih tu, boleh la letak asam keping. and rasa kuah tu. tunggu sampai ayam dan kentang masak. boleh test tekan kat kentang. kalau kentang dh masak means ayam pun dah masak .ok?
8. Tutup api. Hidangkan. Boleh la makan. ape lagi.


Simple je kan? 💪


Kalau awak ade resepi yg nak request boleh komen nak resepi ape ok. sis cuba.





No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini .

Petua 2: Cara menyediakan inai daun untuk dapat warna yang merah dan pekat dan tahan lamaaaaaa.

Hai semua.. Mesti ade di kalangan uolls yang suka pakai inai kan? Samala kita ✋✋✋ Tapi tau x macam mana nak buat inai yang pekat dan ...