Mesti ade di kalangan uolls yang suka pakai inai kan? Samala kita ✋✋✋
Tapi tau x macam mana nak buat inai yang pekat dan tahan lama secara alami?
Boleh cuba petua ni k..
Bahan yang diperlukan:
1. Daun inai - 1 mangkuk / lebih ( Kalau jenis daun yg lebar / ade bintik hitam atas daun lg bagus )
2. Gambir - 1 inci (wajib ada kalau nk merah)
3. Nasi - 2 sudu (suam-suam lembut) lagi bagus..
4. Air perahan limau purut tanpa biji. (terpulang nk guna limau ape)
Bahan ni 👆 pun dh cukup tak perlu kapur..
Caranya..
1. Basuh daun inai yang sudah diasingkan tangkai (amik daun je tau)..
2. Tumbuk dengan lesung batu sikit-sikit sehingga lumat..
3. Bila dah lumat, letak Gambir..
4. Bila dah lumat, letak nasi.. letak sikit2.. sampai inai rasa melekat dh ok..
5. Bila dh lumat semua letak air perahan limau..
6. Dah boleh pakai.. makesure pakai sampai inai kering kat jari tau..
7. Kalau boleh, bila inai dh kering, celupkan jari dgn air, and tunggu sampai inai kering lagi sebelum basuh..
8. Selamat mencuba ye...💕💕💕